Sunday, July 3, 2011

Hari ni Aku Dimarahi Lagi

Hari ini aku dimarahi lagi. Oleh siapa? Siapa lagi, kalau bukan, orang yang kite sayangi, tidur sekatil sebantal. Sedih and luluh sungguh hati ini, bila diperkatakan macam-macam sedemikian rupa. Jauh di sudut hatiku hanya meminta Allah kuatkan diriku untuk menerima segala cacian, dan hinaan daripadanya. Itu sahaja yang mampu ku lakukan. Aku betul-betul tidak mengerti mengapa tiba-tiba dia hendak mencari pasal dengan aku. ='(

Friday, June 24, 2011

Beribu Sesalan

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

*Setiap kali lagu ini dimainkan, setiap kali itu berlinangan deras air mata ku, sampai teresak2 dan berhingus. Feeling abis aku ni kan*

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, June 23, 2011

Apalah Nasibku Yang Tak Putus Dirundung Malang

Setiap kali ku keseorangan, pasti aku akan terfikir tentang nasibku setelah berkahwin. Air mata sentiasa menjadi peneman setia ku. Walaupun usia perkahwinan kami belum lagi sampai setahun (lg 4 bulan), tapi aku sering diuji oleh Yang Maha Esa. Ya Allah, mengapa KAU mengujiku ujian demi ujian atau mungkin telah tersurat dalam loh mahfuz yang sememangnya ini yang aku akan hadapi sejurus selepas aku melangsungkan perkahwinan. Masya Allah Ya Tuhan, sungguh berat penderitaan ini, dan mungkin KAU tahu yang aku mampu bersabar, tabah, kuat dan tidak mudah putus asa dalam menghadapi semua ini. Aku yakin yang ada ganjarannya pada ku yang sabar dengan segala dugaan. Alhamdulillah, rezeki ku tak pernah putus semenjak berkahwin (kewangan). Cuma KAU mengujiku dengan hebat sekali untuk berdepan dengan kerenah, perangai suamiku yang macam2. *menangis*

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saya kembali ke dunia blogging

Yeehaa, saya kembali semula ke dunia blogging. Blog yang lama dah jarang update dah. Dulu rajin update sebab nak kawen punye pasal. But now I'm back to blogging world, dengan link yang baru, tempat untuk saya bercerita tentang apa sahaja, baik tentang suka mahupun duka dan lara, namun saya tetap berpendirian untuk bergelar sebagai blogger yang anonymous.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone