Thursday, June 23, 2011

Apalah Nasibku Yang Tak Putus Dirundung Malang

Setiap kali ku keseorangan, pasti aku akan terfikir tentang nasibku setelah berkahwin. Air mata sentiasa menjadi peneman setia ku. Walaupun usia perkahwinan kami belum lagi sampai setahun (lg 4 bulan), tapi aku sering diuji oleh Yang Maha Esa. Ya Allah, mengapa KAU mengujiku ujian demi ujian atau mungkin telah tersurat dalam loh mahfuz yang sememangnya ini yang aku akan hadapi sejurus selepas aku melangsungkan perkahwinan. Masya Allah Ya Tuhan, sungguh berat penderitaan ini, dan mungkin KAU tahu yang aku mampu bersabar, tabah, kuat dan tidak mudah putus asa dalam menghadapi semua ini. Aku yakin yang ada ganjarannya pada ku yang sabar dengan segala dugaan. Alhamdulillah, rezeki ku tak pernah putus semenjak berkahwin (kewangan). Cuma KAU mengujiku dengan hebat sekali untuk berdepan dengan kerenah, perangai suamiku yang macam2. *menangis*

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment